Bertemu dan berpisah..

Pertemuan, perpisahan adat manusia biasa. Hilang dimata tapi dihati tidak lupa…lalalaa~

Korang ingat lagi tak lagu ni?. Cam salah je lirik yang aku tulis tu. Kecik2 dulu selalu nyanyi lagu ni kat sekolah. Waktu cikgu2 praktikal dah nak habis praktikal, nyanyi dlm kelas, kat perhimpunan hehehe.. Lagu ni mengingatkan aku bahawa setiap ada pertemuan, maka pasti akan terjadi perpisahan. Samada berpisah jarak jauh atau berpisah terus ke 2 alam yang berbeza.

Kita sebagai manusia yang masih dapat berfikir dengan waras, perlulah bersedia menghadapi keadaan ini. Jangan bertindak terlalu mengikut emosi. Especially yang bercinta. Dah banyak kali aku baca berita tentang bunuh diri sebab putus cinta, pastu nak nak g bunuh ex-dorang pun ada jugak. MasyaAllah.

Cakap pasal cinta ni, ada satu ayat famous yang mungkin korang dah biasa dengar. “cinta tak semestinya memiliki”. Dan orang putih plak suke kate “if u love her/him, then just let her/him go. If she/he comes back to you, then she/he is yours.” If not? maka not lah!!

Kenapa perlu berpisah?.

Ada orang yang jenis nak ‘take and try’.
a : Ada orang ajak aku kapel la.
b: Eh nape ko terima je budak tu ajak kapel
a: ala saje try. Mana tau kot2 serasi ke.

huhu bleh plak main try2. Yelah masing2 punya cara yang berbeza kan. Kalu tak serasi? berpisah mungkin? Jika kedua2 pasangan setuju xde masalah. Tapi perasaan itu bukan macam magnet, saling menarik bila berbeza kutub. Magnet utara akan menarik yang selatan begitu juga sebaliknya. Perasaan itu bercas +ve dan -ve. Kalu sorang berperasaan -ve, dan sorang +ve, maka -ve nak tolak si dia jauh2. +ve plak nak tarik dia dekat2. Maka hasilnya bagaimana?. Ada kesudahan?. Sangat berbeza ngan konsep fizik di mana cas2 itu saling bergabung lalu meneutralkan keadaan. Sebab itu kita perlu faham konsep bertemu dan berpisah. Tak guna kalu kapel, tp satu pihak terseksa.

Mungkin ada yg fikir, “ah ko cakap senanglah. Ko tak rasa, x alami…Pepatah melayu ckp berat mata memandang, berat lagi mahu memikul tau!!”. Hurm who knows bout my past?… Nobody!. Ok ni nak bocorkan rahsia yang memang xde sape yang tau. At least it takes bout 5 years to juz let him go. Dan sekarang, nampak dia on9 pun rasa biasa2 je. Bleh bertegur sape macam takde apa2 yang berlaku.

Dan aku paling kagum with one person. 1st time dia luahkan perasaan, waktu tu jugak aku tolak. Kejamkah?. Nope, bagi aku lebih baik jelaskan awal2 apa yg kita rasa daripada terima dia atas dasar kasihan, then tinggalkannya. Dalam masa beberapa bulan lepas tu memang rasa pelik utk berchatting dengannya. (nasib baik org tu blaja kat tempat lain). Dan lama kelamaan perasaan itu hilang dibawa arus masa. And now we are bez friend~. It feels better in this situation.

Time will heal the feelings. So don’t worry. Kuatkan semangat, tekadkan azam. Kadang2 mungkin ia perlu hilang sekejap, supaya kemunculannya nanti lebih berseri. Macam matahari kan?. Seharian ia menyinari bumi Allah, then waktu petang cahayanya tak sehangat waktu pagi. Jadi biarkan ia pergi sementara. Esok ia kembali menyinar dengan lebih berseri~

-Sekian, peringatan buat yang terlupa-

About these ads

One response

  1. YayaBerry

    wowww..ade story yer anda.hahaha..
    btw,ya dah x rase pape pon kt B skrg.mungken disebabkan masa yg dibawa arus.i also didn’t put a big hope for his love more than frenz. rase mcm semuanye mimpi je. tak percaya pon ade tp nsb baek ade tulis kt blog.so it is not a dreaming.
    btw,i’m very thankful bcoz u and others keep on supporting me.
    thank you sooo much iffa.
    hugs~

    May 10, 2010 at 23:57

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.