Menanti di barzakh ….

Posted: February 7, 2009 in Nasihat sket
Tags:

Hurm dah lama tak dengar nasyid.. Yelah, duk asyik dengar lagu anime + indon + omputih je..Tetiba ari ni rasa nak pasang lagu nasyid. Sebenarnya dgr nasyid ni mmg bagus, sbb lirik2nya penuh ngan nasihat, tarbiyah dan jika kita betul2 menghayatinya, insyaAllah dpt la beri keinsafan pada diri yg mudah lalai ngan dunia ni. Tadi time psang playlist ni, rasa seram sejuk jap bila dengar satu lagu ni.. Muziknya pun bleh menaikkan bulu roma. Hurm lagu apa tu ye?.. Lagu ni berkisahkan apa yg kita semua akan alami. 100% hidupan di dunia ni akan alaminya, cuma masanya je belum diketahui bila. Yerp, x lain x bukan pasal kematian. Lagu dari kumpulan Fareast, tajuknya ialah menanti di barzakh…Korang google la mp3 nya..try dengar n menghayati betul2.. Dan kat bawah ni ada lirik utk lagu tu ..
———————————————————————————————-
Menanti Di Barzakh
Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,
Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s