IS221 ~ Family Day

Posted: March 15, 2009 in mE & FriEndS
Tags:
6.45am: Sebelum bertolak ke destinasi

6.45am: Sebelum bertolak ke destinasi

14 Mac 09, untuk pertama kalinya diadakan IS221 punya family day, bertempat di Lembah Pangsun (betul ke eja camni?). Pukul 6.30 pagi dah kena berkumpul kat post pengawal depan kolej. Orang yang pertama turun ialah Cat. hahaha beliau sangat bersemangat. Disebabkan kedudukan umah yang sangat strategik, so dari tingkap bilik dah nampak post pengawal tu. Pukul 6.30 memang takde orang lagi kecuali pak guard yang ngah mamai di subuh hari. Area kul 6.45pg baru turun bawah. Program hari ni melibatkan semua pelajar IS221 (Information System Management) dari part 1 sampaila part 6. Kami super duper senior ni dikehendaki pakai tshirt hitam.  Pagi tu kami hanya diberi roti dan air mineral. Mujur sebelum turun dah minum susu panas+nestum. So takde la sakit perut masuk angin minum air kosong pagi2 buta.. Ikut plan asal, naik bas ikut group yang telah dibahagikan. Tapi pagi tu lain plak jadinya. Bas dibahagikan semula ikut batch. So kami super duper senior ni dapat naik bas UiTM.. hehe sangat bertuah coz adik2 junior lain naik bas skolah je :p Mekasih banyak2 kat ajk pengangkutan ye.

7.10 am: Beberapa minit sebelum bertolak

7.10 am: Beberapa minit sebelum bertolak

Bila dah naik bas tu, plan nak sambung tido+layan mp3. Tapi niat tu terpaksa dibatalkan apabila pakcik bas pasang karaoke dangdut amelina. Bukan main kuat lagi.. Aiyooo rasanya cik yan ler yang pilih cd dangdut tu.. Perjalanan ke sana memakan masa 45 minit jugak le. Kalu tak silap, kawasan Hulu Langat tu banjir tapi waktu lalu area situ, takde plak nampak airnya..hurmmm…

Beberapa minit lepas sampai sane, acara pertama pun bermula iaitu senamrobik. Jue asyik komplen care orang bersenam cam robot, pastu sibuk tunjuk cara pergerakan yang betul. hahaa lagu tak best la cik jue. Tu pasal gaya senaman pun semacam je. Kalu Abby yg conduct senamrobik pagi tu mesti best. Lepas senaman, stat sukaneka yang pertama iaitu “susah senang bersama”. Group 2 sama ngan idah, cat n yan. Asalnya yan ngan cat group 1, tapi saje lari masuk group 2. Lagipun group 2 camne la bleh tak cukup orang. Ada banyak gak la sukaneka pagi tu antaranya “kemarau berpanjangan”, “kasut tumitku tinggi”, “sambutlah kasihku”, “lindungi aku”, “indah khabar dari rupa”. Daripada semua acara tu, hanya 2 acara iaitu explorace dan sukaneka “sambutlah kasihku” yang saye tak join. Yang lain tu seme main..Haha bukan senang nak main2 camtu lagi waktu umur dah tua2 camni. Nanti gambar saye letak semula. Coz gambar ngah main, seme dari kamera cik Jue🙂. Waktu tengahari cuaca sangat panas tapi lepas zohor, tetiba hujan lebat plak. Fuhh mana la tak sakit kepala kalu cuaca camni..

Selain sukaneka, ada gak acara lain iaitu explorace dan juga penyampaian hadiah. Ada hadiah kumpulan dan anugerah individu. Betty dapat anugerah pelajar berdedikasi..hehe tahniah2. Keyo plak terima anugerah pelajar garang. Hahaa yang ni memang bebudak ni gelak habis. Garang ke pakcik keyo tu?.. eiii takutnya :p. Bebudak lain yg dapat anugerah ialah pizi (paling sopan), ana (paling ayu), kecik (paling berani), ayie (berdisiplin) dan alan.. Tahniah untuk semua ye..

7.00 pm: Walau penat, tapi bila nampak kamera muka mesti ceria. Tu la bebudak B16CT yang addicted ngan kamera..hehee

7.00 pm: Walau penat, tapi bila nampak kamera muka mesti ceria. Tu la bebudak B16CT yang addicted ngan kamera..hehee

Lepas dah habis program, mestila nak balik kan.Yang tak bestnya, masa sampai pakcik bas anta sampai ke dalam. Tapi bila nak balik, bas berhenti kat luar je. Area 5-10 minit gak kena jalan kaki untuk ke luar tu. Secara keseluruhannya, okeyla program hari ni. Dari 10 bintang, bleh la bagi 7 bintang. Apa yang tak best sebab lecturer ramai tak datang. Antara yang takde ialah en wan, en jai dan puan yati. Satu lagi pasal makanan. Time breakfast dah bagi air mineral, time lunch pun bagi air mineral gak. Adoii masuk angin dah perut ni. Nama program family day, tapi ada satu je sukaneka yang melibatkan lecturer ngan student. Tu pun antara lecturer ngan ajk. Tak bestnya. Teringat plak time hari guru sekolah dulu2 dimana setiap kumpulan akan ada wakil guru dan pelajar. Kalu camtu barulah best. Nak main pun syok sket..


Sampai kolej dalam pukul 8.30 malam. Dah memang penat giler..Lepas makan+online jap, pi mandi and tak sampai kul 10malam, dah lena atas katil. Bangun pagi tadi, tetiba tangan kanan dan kiri rasa sakit. Ni pun tak hilang lagi.. Kalu angkat tinggi sket, kat bahu ni dah rasa sengal semacam je… aiyooo..

Dengar gosip panas, akhir bulan ni cam kene pergi lagi kat Hulu Langat ni. Ada program yang melibatkan semua student dari part 6, dan semua kos. Adoii janganla wat program time banyak assigment nak kene anta.

Comments
  1. Jue says:

    memang best la..sampai lebam dok kat situ.

    p/s ahahha..bersenamlah dgn gaya yg betul.

  2. afdsmkad says:

    ngehehehee..nnti sume part 6 p camp neh kn invite ebi r jdi conduct senamrobik..bru besh…semngt lebey….lalalalalalaa..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s