.:kiSah aKu dAn mEreKa:. (part 1)

Posted: May 7, 2009 in mE & FriEndS
Tags:

image010
2E06. Tu la nama umah yg didiami oleh 8 orang kanak-kanak riang ria untuk sesi Dis08-Mei09.. Dari 8 orang ni, 2 orang kanak-kanak tersebut merupakan teman serumah sejak sem 1 lagi iaitu Aina dan Niken. Sem 2, atas kekejaman pihak kolej menyebabkan kami terpaksa berpisah ngan geng2 izza, tapi peristiwa tu la yang menyatukan kami dengan Adha, Alin, Fiqa dan Anes. Sem 3, Anes pi lari duk ngan geng2 die so kami invite cik CT ngan kak Miza untuk tinggal bersama. Sem 5 sekali lagi pihak kolej berkelakuan kejam apabila sesuka hati mereka je pecah2 kan kami yg dah aman damai idup serumah ni. Ceh wat penat kumpul kupon aktiviti je. Tp disebabkan kami ni memang jenis rajin kumpul kupon aktiviti, so sem 6 dapat la tinggal serumah lagi. Lagi best bila umah tingkat 2 je🙂. Peristiwa perpecahan umah sem 5 menyaksikan kecurangan fiqa bila dia sepakat utk tinggal ngan bebudak umah baru dia..(haha sowie pikah..ko x curang pun). So sebab nak cukupkan 8 orang jadi kak miza ajak si ida untuk join komuniti kami..Mehla ak citer sket2 pasal mereka yg riang ria ni.

BILIK A

Adha
~Nur Syuhada Abd Aziz ni budak yang paling tinggi dalam umah.
~The only one budak rekod dlm umah tu..(Except me and Adha, yang lain semua budak library)
~Adha punya cita2 nak jadi polis..Huhu jangan cari pasal ngan Adha nanti kene tangkap polis (parents dia, makcik, pakcik, sepupu semuanya polis)
~Adha punya besday 23Feb, 3 hari je lepas besday aku (tp tahun lain2) so tahun ni bebudak umah meraikan besday kami serentak…

Alin
~Noor Azlin plak teman sebilik Adha, berlawanan sifat ngan Adha. Kalu adha paling tinggi, Alin ni paling kecik
& rendah. Comel je orangnya
~Ni budak paling bijak la dalam umah tu. Pernah dapat dekan beberapa kali
~Alin sangat terer melukis. Time besday ari tu, dia lukis gambar shinichi bagi kat aku. Memang sangat comel la lukisannya.

————————————————————————–

BILIK B

CT
~Siti Zubaidah ni geng ganung dalam umah tu.
~Tido paling awal dalam umah tu..Kalu kul 11 mata dia dah stim da. Bangun pun paling awal, sebelum azan subuh dia dah siap2 mandi daa..Waa sangat bagus budak ni.
~CT ni ada self-sense of humor yang sangat tinggi. Kalu bagi tengok citer one piece tu, memang sungguh2 hati dia ketawa..
~Beliau jenis yang sangat teratur. Wat ape2 nampak teratur dan kemas je.

Miza
~Armiza Musa, aku panggil dia Kak Miza coz dia tua 3 tahun dari aku,Aina & iDa. Tapi dia selalu marah kalu panggil dia “kak”..
~Makcik ni sangat suka tengok tv. Kalu time weekend, malam2 memang takde kat umah, kompen ngan melepak kat bilik tv
~Dia ni jenis yang berbahaya sket. Suka cubit orang..huhu so kalu nak gurau ngan dia, tangan kita kene siap2 standby dengan gaya pertahankan diri.
~Kak Miza sokmo komplen ak cakap and berjalan laju. Tapi for me, dia pun jenis yang cakap laju gak. Pastu suara ala2 kartun sket. hehe memang awek muda tul makcik ni. Gaya cam same umur je ngan kitorang seme.

—————————————————————————
BILIk C

Aina
~Nama penuh beliau Aina Zaireynna Md Zainuddin. (sokmo kompius nak eja name penuh semek klate ni).
~Lahir pada 14dis87 menjadikan beliau budak paling muda dalam umah tu.
~Die hard fun Arsenal. Tapi time match arsenal vs liverpool, takde la plak kami nak bertengkar.
~Masa kenal sem 1 tu, dia memang pinky girl. Sekarang cam dah kurang sket ke”pinki”an beliau.
~Suka makan nasi putih+sayur campur+telur mata kat kedai lucky.
~Sangat anti ngan telur mata yang ade kuning cair kat tengah tu..huahaha.
~Sangat suka minum twister oren. Pantang g koOp mesti beli air tu.
~Aina ni kalu tak kenal, memang orang ingat dia ni garang/sombong, tapi hakikatnya tak..Aina sangat baek hati. Tak kisah bagi pinjam barang dia kat kengkawannya.

Niken
~Nama penuh Niken Setya Pertiwi
~Budak Sabah ni tak suka makan carrot ngan tomato (tu la sayur paling best bagi aku)
~Hantu citer korea ngan jepun.
~Niken ni jenis yang suka bersyarah sket. Banyak je idea dia nak terangkan sesuatu kat kitorang
~Masa sem 1 dulu2 dia suka makan biskut. Tak kisahla apa jenis biskut pun. Sekarang ni dia hantu maggi kot.
~Niken suka jadikan baldi dia cam gunung berapi yang nak meletup..(hehe hanya kami yang paham apa maksudnya ni)

Ida
~Ida Nadia sorang lagi ahli bilik kami. Sem ni baru join komuniti kami, menggantikan cik pikah.
~Ida ni budak yang sama umur ngan aku dan Aina. Kalu aku dari matrik Melaka, Aina plak dari matrik perlis dan Ida dari matrik Pasum.
~Dia ni kelakar gak. Jenis yang mudah keliru dan pening.
~Pantang ade internet kolej, laju je dia on ym.
~Kononnya nak diet so dia tak makan nasi. Utk ganti nasi, dia ganti makan burger malam2.. Hehe tu bukan diet la cik ida..
~Macam Niken gak, suka makan megi dan jadikan bakul dia cam gunung berapi nak meletup.
~Tiap kali online, avast ida akan berbunyi selang 10 minit..hahah sokmo laptop dia kene attack virus

——————————————————————————–

2e061

Paling ……
– Budak paling tinggi dan paling rendah duk dalam bilik A.
– Budak tido dan bangun paling awal duk dalam bilik B
– Budak-budak yang tido dan bangun paling lewat berada dalam bilik C
– Mereka yang paling suka bergaduh (gaduh main2) berada dalam bilik A
– Mereka yang paling suka kuar g PKNS/ Giant tido dalam bilik B
-Mereka yang paling suka berinternet ada dalam bilik C

~Girls, our memories remain forever.~

Comments
  1. afdsmkad says:

    heheheee…thanx tuanku iffa d atas entry neh…
    gelak golek2 beta bace…
    pinky n blacky da skung…
    yg part PALING……tuh…
    mcm betoi..
    sempat plak tuanku iffa menganalisis..
    mentang2 blajar strategic sem neh..hakhak..bgs2..mempraktikkan..
    lalalalalala~

  2. Jieha says:

    mmmm.. kanak2 riang yg sorang gi tu camne? pasal takde citer pasal dia eh?..😛

  3. Okesh says:

    kanak2 riang yang mane ni?.. yang comel2 tu ke?..
    owh sebab dia terlebih comel, so takleh la nak bagi publisiti lebih2.. hahaha

  4. Mieza says:

    Hu Hu Hu pandai betol budak kecik nie komen orang yek……..
    x pe orang komen skit pasal die plak…..

    Bdk ni peminat kartun anime jepon no satu dalam umah ….sampai bahasa ketiga pon nak amik bahasa jepon gak…..kononya nak paham bahasa jepon bile tgk kartun jepon la 2, tp rasenya x phm2 gak…..antara kartun yg die suke cam cite conan….(ni pun aku suke gak), tp die siap wat screensaver handphone gambo conan lagi 2, nmpak tak obses x obsesnyer dier).
    Pastu cite one piece…(aku pon tgk gak…mula2 tgk cam x best…tp wat2 best sbb nak jaga ati..lame2…suka sgt la plak…hu hu hu..terpengaruh) anyway thanks sbb memperkenalkan cite itu…

    Kalu ade ape2 cite yang die suke 2, kalu bleh die nak share ngan orang lain srh tgk gak, pakse 2 kdg2 (he he he). Tp nasib baik kebanyakan citer yg direkomen 2 best2…kalu x best pon, wat2 best (hu hu hu). kalu kartun tu ade babak yang klaka, die nak tgk reaksi kite ni gelak ke idak….

    Lagi satu nak komen, die bdk paling jahat dalam rumah (bkn jahat tp nakal)…Suke ngusik, sama macam makcik pikah…

    ckp die mmg laju, dalam sekali nafas….rasenya bleh tersenarai dlm Guiness Book World of Record….

    Dier ni gak mmg genius dalam bab2 komputer ni….pandai repair2 komputer, pandai buang virus..sll kalu ader orang datang rumah mesti nak cari die,mintak tlg repair-repairkan komputer 2(kenal ke idak, mesti dier tlg kalu bleh).

    Kejer die dalam rumah, mesti ngadap komputer(masuk blog terutama skali blog pasal komputer..ape ke namenya putra.com ye).

    OOO.. ckp orang cam kartun ye, tp die pon cam karton gak, selain dr bercakap dan berjalan laju macam kartun, telinga die cam mickey mouse….kiut jer… (he he he)

    Itu jelah dapat komen skit…he he he iffa jgn mare

  5. Okesh says:

    kureng asam kak miza..ckp telinga org cam mickey mouse yerp..
    ha ada yang tak betul tu..mane ade screensaver hp gambar conan.. org letak gambar pakwe i le.. si gaara dari citer naruto tu hehehe (^_^)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s