Kerja oh Kerja …..

Posted: January 27, 2010 in hAri hArI kErJa

Kerja..sekejap best sekejap tak best. Macam biskut plak. Biskut, kalau makan time lapar memang rasa best. Tapi bila makan waktu dah kenyang akan rasa biasa2 je @ tak best sangat. Kadang2 rasa nak makan biskut, kadang2 taknak. Samalah cam kerja ni. Kadang2 rasa nak g opis wat kerja, kadang2 rasa xnak kerja dah.

Pernah gak terfikir nak tukar kerja. Cuba environment lain plak. Tapi kalu nak tukar, ke bidang apa?. Still ngan programming, sistem atau nak beralih ke arah management? Kenapa ye, selalu rasa jeles dan suka ngan kerja orang lain, tapi x puas hati ngan kerja sendiri.

Satu lagi perkara berkaitan tempat kerja. Macam 2,3 minggu lepas rasa sangat2 nak balik kerja kat terengganu. Satu hari google kerja kosong kat terengganu. Alhamdulillah seminggu sebelum tarikh tutup, terjumpa gak dan berjaya mohon untuk pegawai IT kat MPKT. Pastu cam skrang, rasa nak stay je kat KL. Kat sini senang, nak g kerja naik LRT, bas, @ KTM je. Dan sebab utama ialah plan nak sambung blajar Julai nanti (kalu duit simpanan da cukup lerr). Kalau balik terengganu, nak g kerja abah kena tolong anta. hahah sebab tak amik lesen lagi (dari tahun lpas nak amik tp tak trambik). Bas?.. hurm masuk lunch hour agaknya baru bleh sampai kat tempat kerja. Tahun 90-an dulu banyak la bas mini berkeliaran tp ntah nape skrang dah xde sangat bas. Kereta sapu je banyak.

Cakap pasal kerja, skrang ni aku berblog time kerja hahah… btw ada kat MPOB Bangi. Lepak kat surau jap sementara tunggu bos ngan sheda abis meeting. Sebab pagi tadi aku ade meeting kat MPOB Kelana Jaya, jadi sekali jalan je la. Bos malas nak ulang alik ke opis.

Ya Allah, semoga dijelaskan apa yang aku duk ragu2 sangat tentang kerja ni. Dan kawan2, doakanlah supaya aku dapat kerja dan dapat BUAT KERJA dengan baik… Kalu dapat kerja bagus, tapi x dapat nak wat tak best jugak… huhu~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s