Puzzle Anime :D

Posted: August 16, 2010 in aNimE wOrLd, mY sImpLe LiFe
Tags: , , ,

Heeeheeeeeeeee😀 Sengih memanjang dari semalam sampai sekarang kerana berjaya beli apa yg diidamkan :p Ada la bertahun jugak duk ngidam kat benda ni. Alkisahnya pada beberapa tahun yg lepas, keluarlah tengok wayang ngan housemate (aina & niken – pi tengok citer jangan pandang belakang) kat KLCC. Alang2 pi sana, maka round la kedai2 yg ada kat situ. Sekali termasuk dalam kedai “puzzle world”. Waa memang rambang mata la eden especially bila nampak puzzle anime2 favourite macam one piece , naruto dll.

Nak beli tapi tak mampu. Maklumla belajar pun hutang ptptn lagi kan huhu😦 Beli puzzle pun x mampu? Yee sila percaya ye. Puzzle yg kotak kecik (saiz kad old maid) tu pun dah cecah rm50. Memang la boleh beli tapi berbaloikah? Kalau yg besar ada 1000 pcs tu lagi la cecah rm200 lebih. Maka tengok je la ngan hati yg sayu ewaah~ Kat Mid Valley pun ada juga kedai yg jual puzzle camtu dan harganya memang serupa je la. Tak ada beza.

Maka orang cakap kalau dah rezeki nk memilikinya tu ada, maka dapatlah juga akhirnya. Nasib baik gak berjaya tahan nafsu nak beli kat klcc tu (tiap kali turun sana tengok wayang, kompen ah masuk kedai tu pikir nk beli ke tak). Dan sekarang…. tadaaaaaaaaaa………

Haa 3 skali balun. Ingat nak beli lagi tapi fikir2, kan tak terbuat pula. Ni jumpa kat 1 Utama masa jalan2 ngan cousin ahad lepas. Harganya?.. ahahaa memula aku ingat serupa je ngan harga kat kedai di KLCC dan Mid tu tapi bila tanya, jurujual tu cakap: “RM9.90 dik”. Punya la terkejut sampai aku tanya 3 kali. Yela kot2 rm99 ke. Haa dia cakap camtu terus sambar 3 kotak.

Lupa la nama kedai tu dan tingkat berapa, tp ia dekat2 ngan kedai buku Popular. Barang2 lain pun murah2 gak. Ada la tshirt, patung yg kecik2 tu, poster, komik etc. Lepas raya ni kompen pergi sana lagi😀 Nak beli frame utk puzzle dan jugak ……………….. Hehe tunggu dan lihat~

Comments
  1. Jieha says:

    aaaa… laen kali infom bila nk gi sana. nk ikuttt…

  2. Nik Nisrin Akalilie says:

    Kedai ni kat mana?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s