The End [2012]

Posted: December 30, 2012 in mY sImpLe LiFe

15846663-goodbye-to-2012

Tiap kali akhir tahun mesti nak buat ayat camni “sekejap je setahun berlalu. alamak! tahun depan dah makin tua”.
Itu hakikat. Suka atau tak mesti laluinya.
Untuk tahun 2012 boleh dirumuskan sebagai tahun peningkatan, tahun kemajuan dari segi kerjaya & ekonomi.
Status? Ohh masih tiada peningkatan. Still single as last2 year huahahaa.

Kerja.. Early of 2012 dah tukar task dari UA (user admin) ke TSE (Technical Support).
Sebelum ni banyak handle id/login issue, lepas buat TSE handle desktop troubleshooting plak.
Alhamdulillah walaupun tahap stress agak bertambah (sebab banyak benda tak tau pastu nak kena blaja sendiri *ohh thank you mr google yg banyak membantu*, tp ok la sebab bertambah sket pengetahuan bab2 troubleshooting ni.
At least bleh update resume dengan yakin sket. hehe eh update resume???

Then masuk pertengahan tahun, join projek iCPI plak (bukan air eCPI eh). Handle desktop request untuk staff StanChart kat HK. Contohnya dorang minta upgrade ms office dari version 2003 std ke 2007 pro ke, haa so bab installation tu sy la buat. Tapi takde la sampai nak kena pergi Hong Kong tu, just buat via remote desktop je. Yang ni memang seronok sebab … ahh nanti la saya buat post lain pasal kisah tu.

Pasal hidup plak alhamdulillah berjaya gak beli kereta. Paling best bila lulus lesen memandu lepas 2 kali failed (bahagian parking plak tu) haha. Maka lepas tu takda lagi edisi kejar mengejar dengan bas rapid sambil pakai baju kurung+wedges di pagi hari.

Ok tu yang best, yang tak best ada jugak tapi tak ingat sangat. Yang paling tak best baru je berlaku baru2 ni dimana OT dibekukan. hurmm citer tak best ni kita buat post lain la esok2.

Apapun semoga tahun depan 2013 lebih baik dari tahun 2012. Semoga bonus tahun depan lebih banyak dari tahun ni.
Semoga gaji naik lebih banyak jugak. Cisss semuanya pasal duit ni kenapakah?

Kita akhiri 2012 dengan gambar abang handsome dengan kemenangan carling cup 2012 awal tahun lalu (still tahun 2012 kan)~

LIVERPOOL-Gerrard-Carling-Cup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s