Cukai dan e-filing

Posted: February 14, 2013 in aRouNd mE
Tags: , , , ,

Tahun lepas cuba login e-filing. Tarikh tutup 20 Apr, tapi 18 Apr baru terhegeh nak register.
Tahun ni semangat sket try awal2. Maklumlah gaji dah start potong untuk tax kan, mestilah semangat nak minta pengecualian heheh.

Nak buat e-filing tapi tak ada nombor PIN untuk login?
Nak minta PIN tapi tak tahu nombor cukai?
Call hotline LHDN tapi takda orang angkat?

Yess itulah situasi yg dialami sebelum ni.
Kat payslip, ada la part untuk tax deduction tapi kat part “income tax number” tu kosong je.

Jadi kalau anda mengalami situasi seperti saya, sila lah mendaftar dulu sebagai pembayar cukai. Agak sengal kan, selama ni duk bayar2 tapi tak berdaftar. Heh

+++++++++++++++++++
Step 1
+++++++++++++++++++

Login ke http://ekl.hasil.gov.my/
Tujuannya untuk tau apa nombor cukai kita. Nombor cukai ni biasanya start dengan “SG” a.k.a Steven Gerrard. Ni untuk individu warganegara Malaysia la. Kalau untuk syarikat mungkin berbeza kot.

Isi lah segala maklumat yang berkaitan. Haa sebelum nak daftar ni, pastikan anda ada “nombor majikan”.
Nanti kat part last ada ditanya apa nombor majikan. Cam saya, terjumpa no majikan ni dari EA form tahun 2011 (dari HR sistem). Jadi korang yang tak tau no majikan tu boleh rujuk HR masing2 kot.

hasil1

<klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas>

Nanti lepas dah isi semua info ni, kena upload kad pengenalan. Takde scanner, takde softcopy untuk ic? Owhh takyah bimbang. Kan zaman skrang canggih. Snap je gambar ic tu pakai tepon, pastu email kat diri sendiri hehe.
Yang ni agak cerewet, sebab gambarnya nak kena format GIF sahaja pastu size plak dari 40-60kb je. Mohon pengawai IT eHasil ni update sket sistem untuk terima gambar format JPG juga.

Lepas dah submit semua info, nanti system akan display nombor permohonan. SILA SIMPAN / PRINTSCREEN / TULIS nombor permohonan ni baik-baik sebab once dah daftar, tak akan boleh daftar lagi dan tak ada option untuk “lupa nombor permohonan”. So kalau lupa tu mungkin kena call, pergi cawangan atau hantar email ke depa. Tak ke menyusahkan tu?

Depa pun dah siap highlight “skrin ni skali je tubek”

cukai

<klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas>

+++++++++++++++++++
Step 2
+++++++++++++++++++

Lepas dah submit semua data tu, kat muka depan ada option untuk “semak status permohonan”. Tapi kalau baru submit 5 minit yang lalu, jangan nak mengada klik option tu. Saya submit petang semalam pukul 4 lebih. Pagi tadi kul 9 check, dah ada result. Wahh cepat gak korang (gov staff) proses ya. Kagum kagum

Efiling

<klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas>

Yeay dah ada nombor cukai dan nombor PIN. Simpanlah info ni elok2 ye.

+++++++++++++++++++
Step 3
+++++++++++++++++++

Sekarang dah boleh login ke e-filing << Klik situ.

Klik pada “Login kali pertama” (tu yang dah highlight ngan box merah tu)

filing

<klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas>

Nanti ia akan paparkan skrin seperti berikut. No PIN tu isi la no PIN yang dapat masa semak status permohonan (refer Step 2, gambo last skali tu).

filing1

<klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas>

Bila dah boleh login, isi segala data yang berkaitan

hasil

<klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas>

Save and submit ….

hasil2

<klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas>

Lepas tu? Dah setel la ni. Isi je la apa2 borang yang berkaitan..

Comments
  1. az says:

    sgt mmbntu..da pning xtau..hihihi

    • iFFa says:

      haha tu la pening gak mula2 tapi sebab tiap2 bulan ada potongan cukai dari gaji, maka kene cari info gak pasal ni sebab nak apply utk pelepasan cukai. kalau dah login efiling, ada BE form. isi yg tu nanti ada part utk pelepasan cukai. kalau ada insurans, beli buku, beli peralatan sukan, beli laptop etc tu resit boleh simpan utk claim balik cukai yg kita bayar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s