Hello Redang ~

Posted: May 26, 2013 in mY sImpLe LiFe

Pada awal mei yang lepas, berjaya juga bawak ma dan abah g bercuti kat Redang ~ Asyik duk jalan ngan kengkawan je kan, apa salahnya skali skala bawa parents plak bercuti.

Ma memanglah excited sebab dah lama beliau bagitau nak g redang tu. Abah wat rileks je, tapi tau dia memang excited lebih2 lagi bila kos semua ditanggung beres =D

So pagi tu naik feri kul 10.30am dari jeti shahbandar. Harga tiket RM55 untuk seorang dewasa, satu hala. Nak senang beli terus la utk return skali. In case korang nak pergi sana, check dulu dengan resort/hotel kot2 pakejnya termasuk skali dengan harga tiket feri.

WP_000325

Masa perjalanan dari jeti shahbandar ke Redang (pantai pasir panjang / long beach) amik masa kira2 sejam setengah. Feri tu tak direct ke sane, nanti ia berhenti kat kampung apa ntah then kena tukar naik bot/feri kecil plak.

Selama 3 hari kat sana, sy booking bilik kat Redang Beach Resort. Booking via asiaroom.com (sebab time tu check kat agoda semua dah full). Okla dapat rate RM110 seorang untuk semalam, termasuk sarapan pagi. Kalau nak yang murah, amik chalet je. Tapi hari tu bawa parents kan, semestinya nak bagi dorang selesa secukupnya =)

Alhamdulillah sepanjang 3 hari kat sana cuaca memang tenang dan cerah. Bimbang jugak sebab seminggu sebelum tu ma kata asyik hujan je kat ganung tu.

redang haa klik atas gambar neh kalau nak tengok dengan lagi jelas

Pantai kat sana memang bersih, putih, gebu macam susu tepung. Air laut memang jernih habis. Tak perlu g ke tengah laut nak tengok ikan, tepi pantai pun boleh nampak banyak anak2 ikan berenang2 ke tepian.

Makanan~ Haa makanan kat sana agak susah nak dapat. Means tak macam pulau pangkor, langkawi yang mana tepi2 pantai ramai orang jual keropok, goreng pisang dan sebagainya. Kat redang langsung takde. Kalau ada pun kedai jual air ala2 chatime tu, jual abc RM8 semangkuk. Jadi kalau nak g sana, amikla pakej yg siap dengan makan pagi, petang dan malam.

Tapi jangan risau, still ada kedai yang jual goreng2 tu. Kalau tak silap sebelah redang laguna. Kedai tu kat hujung skali. Dibuka start pukul 5 petang. Harganya? Hehe nasi goreng kampung rm12. Sup tomyam RM14. Haa tu je yang ingat. Nasib baik sedap gak lauk dorang masak tu.

Aktiviti paling best kat sana? hehe mandi laut dengan tunggu matahari terbit =)

WP_000352

InsyaAllah ada kesempatan next time bleh g ngan kengkawan plak, g snorkeling skali. Kalau amik pakej snorkeling lagi murah. Time survey hari tu, Redang lagoon ada offer RM350 sorang (3 hari 2 malam) termasuk penginapan + makan pagi petang malam + snorkeling + tiket feri 2 hala. Murah la tu kan?

Pulau manukan this coming October .. harap2 tak hujan time pi sana nanti ~

Comments
  1. az says:

    manukan sangat best!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s