Posts Tagged ‘SUA’

Lagu tema AUG

Posted: November 24, 2008 in AUG
Tags: , ,

Ni lagu tema AUG (Asean University Games). Liriknya dicipta oleh Fedtri Yahya, pengacara tv3 tu..hehe. Lagu ni startingnya best, tp bila masukkorus dh jadi tak bape best. Boleh download di SINI

Lirik:
Kita..
Mahasiswa oh harapan dunia
Satu
Tekad semangat kesukanan
Berjuang kita
Seperti juara
Terbilang,gemuruh
Azam kekuatan
Dan kini
Detik indahkan terukir
Sorakan
Sanjungankan ikut bergema
Berjuang kita
Seperti juara
Terbilang, gemuruh
Azam kekuatan

Bersama kita
Kibar harapan
Bersama Kita
Menggapai bintang
Bersama kita
Jalin Ikatan
Misi gemilang
Untuk kita semua

Asean University Games
Kuala Lumpur

p/s: nampaknya link download tu cam dah takda. Siapa2 yg nak lagu ni boleh komen kat post ni bagi email, nanti saya boleh emailkan ^^ (update 7Feb 2011 lepas tengok ramai yg baca post ni utk dapatkan lagu tema AUG)

AUG (Asean University Games)

Posted: November 24, 2008 in AUG
Tags: , ,

Kali nie Malaysia jadi tuan rumah utk Sukan Universiti Asean ke 14. Kali terakhir sukan ni diadakan di Malaysia ialah pada tahun 1992. Waa lama dah tu. AUG @ SUA ni akan bermula pd 11 – 21dis 2008.
Ni maskot AUG yg diberi nama A1 atau nama penuhnya Angkawasan.

Majlis pelancaran SUA akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 13 Disember jam 8.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Penutup AUG 2008 pada 21 Disember jam 2.00 petang di Stadium Putra oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

Antara artis yg akan mengadakan persembahan pada majlis pelancaran ialah Mawi, Faizal Tahir dan Syafinaz. Mahasiswa yg terlibat ngan persembahan pelancaran dan penutup pula terdiri dari kalangan warga UiTM seluruh Malaysia serta kolej2 bersekutu UiTM.

Utk maklumat lanjut, boleh tgk laman web rasmi AUG di SINI