Alkisah PTPTN

Posted: October 3, 2013 in mY sImpLe LiFe
Tags:

2 bulan lebih berurusan dengan PTPTN, call hotline takyah cakap banyak mana, naik turun opis kat kl sentral, kuala terengganu & last dekat putrajaya akhirnya setel jugak hutang 21k tu. Boleh senyum lebar tengok penyata PTPTN yg latest =D

ptptn

Yang beriya nak setelkan cepat pasal nak dapat diskaun 20% (ikut bajet 2013, kena bayar sebelum akhir sept). Lepas buat kira2, at least boleh jimat 3.5k kalu nak banding dengan bayaran tiap2 bulan melalui potong gaji selama 9 tahun. Kebetulan pula simpanan kwsp (akaun pekerja) cukup untuk buat bayaran balik, maka guna je la duit tu dulu.

Yerp sy guna simpanan kwsp untuk setelkan ptptn ni. Tak perlu keluarkan semua, just 80% je dari jumlah hutang. 20% lagi bakinya tu kira diskaun yg dapat. Tapi peliknya, dah buat kira2 dan bayar 80% je sekali tengok penyata ada baki hutang dalam rm800 lebih. So sy masuk kat web ptptn, log problem tiket kat dorang minta buat pelarasan. Kononnya kat situ tulih akan bagi feedback dalam masa 2 minggu, tapi dekat sebulan baru dapat reply. Dah le masa nak log problem tu, macam2 detail minta termasuk alamat rumah, email etc. Tapi bila dorang close ticket tu takde contact kita pun. Kita yang kena masuk web tu hari2 untuk check status. Haa ni kalau nak cerita pasal sistem ptptn memang sampai esok tak habis.

ok berbalik pasal penyata tu, alih2 lepas dorang check dan kemaskini penyata tetibe jeng jeng jeng …. aikk ada lebihan bayaran pula dalam rm900 lebih. Tak tau la mana muncul lebihan bayaran tu. Call ptptn dorang pun x pasti sangat, katanya tu pulangan insurans. Maka dorang pulang la semula lebihan bayaran tu =D alhamdulillah rezeki, boleh buat cover duit kereta sebulan.

Alkisah ptptn hotline ni, memang tahan sabar je la. Masa call hari tu dapat mesej “anda adalah pemanggil ke 21” .. T_T dekat 15 minit tunggu kat talian baru boleh cakap ngan agent. Lepas cakap tu, boleh plak budak tu tak tau dan senang je dia cakap “kami check dulu, nanti cik boleh call semula dalam tempoh 2 minggu”. hurmm ni mesti budak new joiner neh. Sebab dah berpengalaman kerja service desk sebelum ni, so ok la boleh paham situasi budak tu.

Segalanya dah setel. Kalu rajin esok2 saya buat post pasal bayaran ptptn melalui pengeluaran kwsp. Hurmm prosedurnya tak yah cakap, semua benda nak kena isi borang dan hantar kat kaunter/pos. Mohon badan2 kerajaan ni cuba la galakkan penggunaan borang digital. Save our tree la. Go green! Ni sikit2 nak kena print dan post T_T

soooo last but not least, terima kasih PTPTN. Terima kasih sebab bagi pinjaman. Dengan pinjaman tu la saya dapat beli laptop masa sem 1 untuk buat assignment dan laptop tu still ok skrang digunakan untuk tengok cerita je hehe. Dengan pinjaman ptptn jugak boleh beli printer masa sem2, tak perlu bazir duit g kedai luar tiap kali nak print assignment. Dengan pinjaman tu jugak tak perlu sy minta duit dengan abah untuk bayar yuran kolej, yuran pengajian dan duit makan. Terimaaa kasihhhhhh ~~~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s