Gym

Posted: February 17, 2014 in xTvT

Alkisahnya Jan-Feb yg lepas sempat la ber’excercise’ kat celebrity fitness area rumah ni.
Tu pun sebab groupon ada promosi rm48 untuk 1 month trial. Kalau tak jangan harap le murahkan diri derma rm159 bulan2 kat gym tu.

WP_000904

Yang kelakarnya orang lain pergi gym result positif la kot lepas workout sbulan. Me? hampeh result negative.
Trainer pun geleng kepala hahaha.

Ni body analisis sebelum workout, masa 1st week.
Target nak kena naikkan berat badan dan naikkan % muscle dalam masa yang sama reducekan body fat.
WP_000918

Hasilnya tadaaa..
Berat badan naik 500g (hey badan ni memang susah nak naik berat tau. naik 1/2 kilo dah kira ajaib dah ni)
So target tercapai ke? Ohh tidak sama sekali.
Sebab berat badan naik selari dengan body fat!!

WP_000992

Patutnya muscle yg naik, alih2 body fat plak bertambah T___T

Selain part ni, ada jugak segmental lean analysis. Iaitu based kita punya berat badan, berapa kekuatan tangan & kaki. Pergi gym ni ada la main dengan pemberat kan. So bajet lepas sbulan kekuatan tangan ni bertambah la. Sekali tengok result makin berkurang!! haha ni memang tak tau apa puncanya.

Apepun trial sbulan dah habis. Rindu plak nak g gym. Paling best join kelas studio tu. Kelas body combat .. kelas step…
Serius best dan memang membantu untuk hilangkan tension. Walaupun gi kelas tu lepas balik kerja, langsung rasa tak penat.

Ahh ye ke rindu nk join kelas? ke rindu nak tengok abam macho berlari atas trackmill?
ehhh???

Comments
  1. afdsmkad says:

    abam macho???wahhhh….kan mainyerr sekarangggg!!!

Leave a comment