28 and counting .. tick tock

Posted: February 25, 2015 in Uncategorized

Apa yang korang harapkan bila hari ulang tahun kelahiran?
Hadiah? Kek? Suprise party?..
Nahhh, itu mungkin la dalam list if my age was 20th and below.
Tapi sekarang lagi 2 tahun nak cecah 30, dimana benda-benda tu semua dah tak penting.

Yang penting bangun pagi dapat peluk ma..
Ohhh I’m so homesick sekarang. Rasa macam tiap2 minggu nak balik kampung.
Merantau sejak form 4, ikut perkiraan memang banyak habiskan masa luar Terengganu. Makin hari tengok ibu-bapa makin tua, berharap la dapat sentiasa berada disisi mereka. Tapi itu ler, apply kerja kat Terengganu tapi masih tak ada rezeki nak balik sana.

Ehh dah lari topik. Asalnya nak cerita pasal birthday.
Haha yup birthday. Rasanya start umur cecah 23 or 24 maybe, aku dah off kan notification kat FB. Dulu2 best la juga ramai kawan wish birthday. Tapi skrang benda tu bukan jadi kepentingan pun. Asalnya saja off sebab malas nak reply post tu semua ehehee. Lama2 macam seronok pula bila ada sahabat yang masih ingat even without fb notification.

Birthday celebration? Nahh tak kisah dah pasal tu sebabnya masa zaman kanak2 dulu dah puas sambut. Tiap2 tahun time birthday abah ma akan buat makan2 kat rumah tok sampai la umur 12 tahun. Not only me, tapi kak Ihah, abang & adik pun sama. Semua akan celebrate tapi sampai habis sekolah rendah je. Biasanya my birthday selalu gabung dengan adik punya awal March. So either aku akan sambut lambat or adik kena sambut awal hahaa.. Cari2 gambar birthday masa kanak2, macam nak upload tapi fikir banyak kali cam kelakar je. haha masa kecik2 dulu sesungguhnya diri ini amat chubby :p

Bila umur dah cecah 20 tahun ke atas ni, tiap kali birthday just nak sambut dengan parents je. Biasanya bangun pagi dalam perjalanan drive ke office tu akan call parents. Aku memang spesis yang suka call parents dalam kereta, sebab boleh cakap macam2 haha. Tapi tahun ni paling best. Bangun pagi2 dapat peluk mamaaaaaa ~

Kadang2 kita ni duk risau diri makin tua, nak cecah 30 la bagai. Tapi lupa yang parents kita pun makin tua. So selagi masih ada masa ni, ambil la kesempatan sebanyak mana untuk bersama dengan mereka.

family_love_quotes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s