Kisah kasut dan beg

Posted: January 23, 2015 in R4nd0m

B71vy7CIIAAWnbq

Si sarah tetiba tag me kat pic ni. Secara tak langsung terfikir ‘eh bila last time beli kasut yup?’
Tengok wedges yang tengah pakai sekarang, hurmm macam tahun 2012 punya je.
Terbayang-bayang kasut sukan dalam kereta, kasut formal, selipar jepun & selipar biasa buat jalan2 tu…
Eh kali terakhir beli selipar biasa tahun 2013 kot. Tu pun sebab dah takde selipar nak pakai jalan2

Tengok balik wedges yang pakai ke opis hari-hari. Dari tahun 2012, pernah putus tali sekali lepas tu gigih gi hantar jahit kedai instead of pergi beli yang baru
Hahaha pelik tak bila perempuan tak suka shopping kasut?

Saya memang spesis yang jenis pakai sampai lebam. Selagi boleh repair, hantar la repair kat kedai.
Dah lunyai betul baru buang.
Bukan nak berjimat sangat, tapi sebenarnya jenis cerewet.
Heels semua tu mana pakai. Buat sakit kaki je. Kalau rasa nak tinggi sikit pakai la wedges tapiii susah nak cari wedges yang selesa dan design kena dengan citarasa.
Biasanya design lawa, tapi tak selesa.
Atau design lawa, selesa tapi bila nak beli tengok2 takde saiz
Atauuuuu design lawa, selesa, ada saiz tapi mahal.
Setakat ni kasut paling mahal pun pernah beli area rm70, tapi tu pun sebab ada voucher jadi kena bayar dalam rm20 je hahaha 😀
Biasanya beli kasut/selipar range rm30-rm60 je sebab rasa tak berbaloi nak beli mahal2 pun nanti cepat rosak

Raya? Ahaa tak pernah beli kasut/sandal khas untuk raya.
Eh jap, pernah la beli tapi untuk parents, bukan untuk diri sendiri.

Jangan kata kasut, handbag pun bukan dalam jenis barangan yang perlu/suka/harus dibeli setiap tahun.
Beli beg bila beg yang pakai sebelumnya rosak, atau dah berkenan giler2.
Sekarang ni pun ada 2 je kot beg pakai untuk keluar jalan-jalan. Satu tu beg harga RM20 beli masa first kerja tahun 2009.
Sampai sekarang memang ok lagi.
Another one beli masa kat sabah tahun 2012. Sebab dah berkenan sangat-sangat. Mungkin sebab coraknya berwarna-warni sikit.
Beg yang pakai dari tahun 2009 tu warna kelabu je, kadang2 bila pakai time keluar dengan t-shirt hitam, tudung kelabu .. *-* rasa macam hidup dalam kegelapan je hahaha
Maka beli la satu lagi yang ceria sikit, tu pun harga dalam rm30 je kot

Beg paling mahal dan paling menyesal beli masa company dinner tahun 2011.
Hurmm handbag Guess, tau2 je la harga berapa.
Jarang pakai sebab rasa macam kewanitaan sangat. Beg jenis yg tali pendek tu bila galas muat2 je masuk bawah ketiak.
Jarang pakai tapiiii bila dah 2 tahun ia punya kulit dah terhakis sikit2 😦 sayang giler sebab mahal dan pakai berapa kerap je.
Time raya, time kenduri ..
Lepas tu dah taubat da beli barang mahal2. Buat membazir beras je~

Leave a comment