Sabah bah ..

Posted: February 17, 2014 in Jalan-Jalan, xTvT

Yosh! Selepas 26 tahun hidup di muka bumi ni, akhirnya berjaya juga merentasi laut china selatan pada 26 October yg lepas (2013). Haha dah berbulan baru sempat nak update.

Awal tahun plan dengan Cath nak gi jalan2 ke Sabah, nak melawat si Unie kononnya.
Kebetulan belon merah ada promosi. So time tu tiket 2 hala around rm150 la sorang. Bulan 1 booking utk trip bulan 10. Kalau nak jimat memang kena plan awal2 le. Macam masa tahun 2012 gi langkawi, dapat tiket rm50 untuk 2 hala. Heh lagi murah dari tiket bas balik terengganu. Tapi camtu le, nak pergi sept 2012, sept 2011 dah book tiket. Prinsip kitorang, biar awal asal murah!=D

Berbalik pada trip ke Sabah, kali ni ada dugaan skit la nak ke sane. Gatal sangat pi tukar department, cuti yg plan awal tetiba kena cancel T_T. Patut pergi hari khamis sampai isnin. Tapi sebab baru tukar department awal Sept, maka cuti tak approve. Memang rezeki kebetulan waktu tu air asia sedang buat promosi. So beli la tiket baru (flight sabtu pagi) dalam rm69 untuk sehala. Cath hari khamis lagi dah fly sane.

Sabtu tu flight lepas subuh. Agak ting tong kepala naik flight 2 jam. Sampai kat airport imegresen check dan bagi pass pelawat. Tetiba rasa macam pendatang asing plak kena ada pass lawatan ni haha. Slip ni sila simpan elok2, kan tak pasal2 tak bleh keluar dari sabah hahah.

WP_000728

Dah lepas imegresen, terus amik teksi airport ke hotel. rm30 1 kereta so kalau pergi ramai2 untungla. Kalau cam saya ni travel sorang2 pagi tu, memang rasa mahal le. Tapi berbaloi la dapat teksi avanza kot hari tu. Haha giler besar kenderaan padahal penumpang sorang je.

Teksi ke hotel (bandar KK) dalam 15 minit je. Cehh takde la jauh sangat rupanya .. Alhamdulillah cuaca hari sabtu tu cerah. Cath bagitau dari khamis-jumaat hujan lebat je kat sane. Sampai je hotel terus tukar baju nak ke pulau.
Nak ke pulau (manukan, sapi) kena naik feri kat Jesselton Point. So dari hotel tu amik teksi ke Jeti. Dekat je tak sampai 10 minit drive pun tapi mak aih teksi mahal giler. Sekali naik dah kena cas RM10. Baru naik, teksi belum jalan lagi. Kalau kat KL ni, kena cas rm3 je. So tambang teksi jadi la RM15.

Kat Jesselton point ni memang banyak la pakej untuk ke pulau. Pandai2 la korang survey yg murah. Hari tu amik pakej untuk 1 pulau je. Plan asal nak island hopping kat 3 pulau, tapi bila fikir smula sabah tu musim hujan. Kan kalau hujan petang rugi plak. Lastly amik la pakej untuk 1 pulau je.

WP_000729

Tak ingat dah berapa harga pakej yg amik tu. Ni nak kena take note, pakej yg ditawarkan tak termasuk alat snorkeling, safety jacket etc. Kalau nak safety jacket kena bayar plak rm5 kot ke rm10.. Camtu la pandai2 la korang ngejas dengan abang kaunter tu. Lepas tu bila dah sampai kat pulau, kena bayar lagi RM3 seorang untuk cukai pulau. Haa nak masuk pulau pun kena bayar cukai okeh.

pizap.com10.090685884468257431392646592662

Snorkeling kat sini memang puas hati. Walaupun kat pesisir pantai pulau manukan tu tak sebersih macam redang, tapi ikan2 situ amatlah mesra alam. Elok je berenang2 celah kaki, nasib baik tak terpijak (pernah ke terpijak ikan dalam air?).

Selain snorkeling, kat situ boleh juga kalau nak try seawalking dan parachute. Ni memang menyesal sangat tak try!. Plan asal nak cuba tapi cancel last minit sebab keadaan tak mengizinkan. Harap2 ada la peluang untuk gi sabah sekali lagi, then wajib cuba aktiviti ni.

Macam dah panjang taip tapi tak habis2 lagi citer pasal pulau ni hahah. Oklah nanti part jalan2 ke kundasang sy sambung entry seterusnya.

to be cont…. (ntah berapa bulan lagi le baru bersambung entry ni agaknya) ..

Leave a comment