Job rotation

Posted: September 15, 2013 in hAri hArI kErJa

Now is the time! 15th Sept 2013 – Ahad. Kali terakhir kerja pada hujung minggu.
3 years kat service desk ni, finally i’ve decided to MOVE ON.

3 tahun lebih, 3 task yang berbeza. Dari user admin, then ke technical support pastu request implementer. Lepas setahun buat request ni, boleh kata agak bosan la. Yerp request lagi bosan dari handle incident. Sebab handle request buat benda yang sama je. User request nak upgrade ms office, install itu install ini. Boleh dikatakan tak mencabar sangat dan memang agak rileks.

Terfikir juga macam nak resign and try kat company lain. Tapi lepas survey2, tempat lain susah nak perm. Sini dah perm, bonus dan increment tiap2 tahun pun ok dan grafnya selalu menaik :D. Satu lagi bos pun ok, nak resign pun cam kesian.

Sampai la suatu hari, masa performance review dengan manager utk H1 (bulan 6 kot?) tetiba bos tanya nak try task lain tak? Teett bos pun cam tau2 je ngah bosan dengan task tu. Then she suggest satu team ni. Tengok job description cam best, ada main2 dengan sql jugak. Perghh dah 3 tahun tak sentuh coding & scripting tetiba diberi peluang utk kembali ke alam itu. Agak excited gak la. Just SQL dan takde melibatkan sebarang programming language cam java, php, etc yang pernah menghantui hidup suatu ketika dulu.

Time bulan puasa tu memang rezeki tengah murah. Got few offers yang menkompiuskan kepala otak mana satu nak amik. Kompius sebab satu lagi offer tu, job description memang sangat minat. Support utk Win7, tapi lokasi plak tak best iaitu kat PJ. Mula2 cuba gak sedapkan hati, nanti tahun depan team sana pun akan pindah ke bangunan baru kat TPM jugak. Tapi nak tunggu setahun tu … Dah la sy ni spesis yg mesti tido lepas subuh. Kalu kat TPM ni, kul 8.30 rileks je baru nak gerak g kerja. Even jalan jem, trafik light rosak etc pun dalam 20 minit kompen akan sampai opis.

Akhirnya accept la offer yang kat TPM ni jugak. Bangunan sama, just turun dari 4th floor ke 3rd floor. Esok hari malaysia, cuti. So selasa la baru start kat situ.

Byebye Service Desk.
Hello Service Quality \(^_^)/

Comments
  1. wenkhadi says:

    power la ustazah

Leave a comment