Archive for the ‘R4nd0m’ Category

Kisah kasut dan beg

Posted: January 23, 2015 in R4nd0m

B71vy7CIIAAWnbq

Si sarah tetiba tag me kat pic ni. Secara tak langsung terfikir ‘eh bila last time beli kasut yup?’
Tengok wedges yang tengah pakai sekarang, hurmm macam tahun 2012 punya je.
Terbayang-bayang kasut sukan dalam kereta, kasut formal, selipar jepun & selipar biasa buat jalan2 tu…
Eh kali terakhir beli selipar biasa tahun 2013 kot. Tu pun sebab dah takde selipar nak pakai jalan2

Tengok balik wedges yang pakai ke opis hari-hari. Dari tahun 2012, pernah putus tali sekali lepas tu gigih gi hantar jahit kedai instead of pergi beli yang baru
Hahaha pelik tak bila perempuan tak suka shopping kasut?

Saya memang spesis yang jenis pakai sampai lebam. Selagi boleh repair, hantar la repair kat kedai.
Dah lunyai betul baru buang.
Bukan nak berjimat sangat, tapi sebenarnya jenis cerewet.
Heels semua tu mana pakai. Buat sakit kaki je. Kalau rasa nak tinggi sikit pakai la wedges tapiii susah nak cari wedges yang selesa dan design kena dengan citarasa.
Biasanya design lawa, tapi tak selesa.
Atau design lawa, selesa tapi bila nak beli tengok2 takde saiz
Atauuuuu design lawa, selesa, ada saiz tapi mahal.
Setakat ni kasut paling mahal pun pernah beli area rm70, tapi tu pun sebab ada voucher jadi kena bayar dalam rm20 je hahaha 😀
Biasanya beli kasut/selipar range rm30-rm60 je sebab rasa tak berbaloi nak beli mahal2 pun nanti cepat rosak

Raya? Ahaa tak pernah beli kasut/sandal khas untuk raya.
Eh jap, pernah la beli tapi untuk parents, bukan untuk diri sendiri.

Jangan kata kasut, handbag pun bukan dalam jenis barangan yang perlu/suka/harus dibeli setiap tahun.
Beli beg bila beg yang pakai sebelumnya rosak, atau dah berkenan giler2.
Sekarang ni pun ada 2 je kot beg pakai untuk keluar jalan-jalan. Satu tu beg harga RM20 beli masa first kerja tahun 2009.
Sampai sekarang memang ok lagi.
Another one beli masa kat sabah tahun 2012. Sebab dah berkenan sangat-sangat. Mungkin sebab coraknya berwarna-warni sikit.
Beg yang pakai dari tahun 2009 tu warna kelabu je, kadang2 bila pakai time keluar dengan t-shirt hitam, tudung kelabu .. *-* rasa macam hidup dalam kegelapan je hahaha
Maka beli la satu lagi yang ceria sikit, tu pun harga dalam rm30 je kot

Beg paling mahal dan paling menyesal beli masa company dinner tahun 2011.
Hurmm handbag Guess, tau2 je la harga berapa.
Jarang pakai sebab rasa macam kewanitaan sangat. Beg jenis yg tali pendek tu bila galas muat2 je masuk bawah ketiak.
Jarang pakai tapiiii bila dah 2 tahun ia punya kulit dah terhakis sikit2 😦 sayang giler sebab mahal dan pakai berapa kerap je.
Time raya, time kenduri ..
Lepas tu dah taubat da beli barang mahal2. Buat membazir beras je~

Target?

Posted: December 12, 2014 in R4nd0m

Hari ni Sue’s last day. Sue my ex-manager masa kat service desk. After lunch tadi turun la level 6 kejap jumpa dia.

Borak2 then dia tanya camne kerja sekarang.
Just reply “ok lah, less stress & quite flexible”.

Lepas tu berbakul2 kena ceramah hahaha. Katanya bahaya bila flexible, tak stress ni.
Ia akan slow down kan creativity, performance bla bla bla…
So u need to get out from your comfort zone sementara masih muda ni bla bla bla…

Heh tiap kali borak dengan dia memang camtu.
Macam session p3 (performance review). Tapi apa yang dia cakap semua betul.
Dan tiap kali lepas borak, mesti rasa semangat berkobar2 nak buat yang terbaik

Then dia tanya lagi, apa next target?
Ok ni memang susah nak jawab.
Target? hmmm salary increment & bonus yang bagus?
Kalau camtu tiap2 tahun target tercapai but tak pernah rasa puas hati.
So what I want actually?

Serious sendiri pun tak tau jawapannya.
Sebab my target selalu berubah ikut persekitaran.
Contohnya masa team frontline, kononnya nak jadi expert bab security related.
Siap plan nak amik master dalam bidang information security lagi.

Then setahun dua lepas tu pindah masuk team technical.
So target nak jadi expert dalam technical related plak.

Lepas tu join data team, target nak terer dengan segala sql script & database.
Berlambak kerja kat luar perlukan kepakaran camtu.

Sekarang involve dengan project remedy 8 dan lain plak targetnya.

Jawapan yang pasti, 2 tahun lagi I will say sayonara.
Kenapa 2 tahun, bukan sekarang?
Sebab itu target yang tak pernah berubah sejak 3 tahun lepas.

2016 Hope so …..
Dengan izin Allah 🙂

koh kae

Posted: March 3, 2013 in R4nd0m

Kacang ni dah makin femes kat opis skrang. Gara2 ehnar yg selalu beli tiap kali balik ke kampung beliau di thailand.

Kalau kat sana jual rm5 satu tin.

Pernah jumpa kat carrefour sini, tapi harganya …. hem RM8 lebih satu tin.

Gila mahal.

Tapi kacang ni memang sedap. Lepas buka tu, kejap je boleh habis.

Nasib baik sy dah pindah ke cubicle hujung dunia.

Maka terselamatlah kacang tersebut dari cepat habis dimakan oleh alien2 yang kebuluran hehehe

kohkae