Archive for the ‘Jalan-Jalan’ Category

Bandung part 2 – Makan2

Posted: October 9, 2014 in Jalan-Jalan
Tags:

Jom sambung part makan-makan.

Makanan kat sana tak kurang mahalnya! Lagipun mungkin sebab kami ikut je kemana supir tu bawa. Mesti dia bawa ke tempat yang dia dapat komisen kan tapi at least sedap dan selamat.

Selamat means bersih. Selamat dari cirit-birit. Pesan kawan, pergi sana cuba avoid beli makanan tepi jalan. Senang sakit perut.

First day sampai memang minta supir tu bawa kami ke tempat makan. Lapar~
Tempat makan pertama yang dibawa ialah ke Mang Engking. Makan duduk bersila sambil tengok2 ikan berenang2 kat bawah tu. Mang Engking ni banyak cawangan makanannya memang sedap2.

Mang Lauk kongsi 4 orang. Tapi kira2 semula mahal sebenarnya. Dalam RM30 juga seorang T_T

???????????Tempat makanan yg lain ialah restoran nasi padang. Style mereka, banyak lauk dihidangkan atas meja. Yang mana berkenan boleh amik, yang taknak makan jangan gatal nak sentuh. Kalau tak kena bayar.

nasi padang

Time malam pula supir suka bawa datang ke Paskal Food Market.

Katanya ada 1001 menu kat sini.

paskal food market

Satay ni dalam 36 ribu rupiah. Kira2 semula ada la dalam rm10 untuk 10 batang.

Weihh RM1 sebatang! Kalah satay kajang.

sate rm1 sebatang

Tu je pasal makanan. haha tak reti nak explain panjang2. Tapi makanan sini serius mahal T_T

Ayuh berwisata ke Bandung

Posted: October 9, 2014 in Jalan-Jalan
Tags:

Alkisah bulan 5 tahun 2014 berjaya juga jejak kaki ke Indonesia buat pertama kalinya.
Destinasi kali ni ke Bandung pula. Tahun-tahun lepas dah jalan2 dalam Malaysia, kali ni kita cuba keluar sikit la hehe 😀

Malas nak tulis panjang2, here’s the summary untuk trip 5D4N ke Bandung~
Total belanja kat sana (flight, hotal, supir, makan, tiket, shopping) dalam RM 1k. Kalau yang kaki shopping terutamanya peminat kain2 pasang, lace mungkin kena bawa lebih sikit kot.

Flight return beli time promosi Air Asia dapatla RM191/pax
Penginapan kat Amaris Hotel Chihampelas = RM 174/pax. Beli kat groupon (RM348 untuk 2 orang, 5D4N)
Hotel sekali dengan breakfast. Bilik takde besar sangat tapi memang selesa dengan aircord, tv, pemanas air.

Currency waktu tu 1 juta rupiah = RM 274. Currency ni memang kena selalu survey sebab ia selalu turun naik. Lepas raya cina hampir rm290, so bila tengok ia turun tu cepat2 la tukar.

 

5 hari kat sana boleh kata kami pergi kedai, kedai, kedai dan kedai! hahaa sebab tu la orang kata kat sana syurga shopping.

First day sampai, lepas makan terus supir bawa ke Rumah Kain Kopo. Kain pasang sini just RM35 je. Kain tu siap ada lace, sulam bagai. Kira murah la tu. Tak bestnya tengokla susunan dalam kedai. Nak pilih kain pun pening.

rumah kain kopo

After that kami dibawa ke Toko Tiga. Sini sangat famous dengan jeans ori yang murah.

toko tiga

Dengan muka tak mandi lagi (flight 6.30 am dari Malaysia, sampai sini terus jalan2 bila masa nak mandi?) kami meneruskan perjalanan ke Jalan Riau. eh ke Jalan Dago? Lupa dah haha tapi yang pasti tempat ni sangat banyak factory outlet. Berderek side by side.

Ok kalau nak cakap pasal tempat shopping kat Bandung ni memang takkan habis. Last but not least, Rumah Mode yang wajib disinggah. Sebut as Mo-day.

rumah mode

Tengok patung tu kurus je! Sampai sini ia memang boleh menguruskan dompet anda.

Satu lagi tempat yang akan mengosongkan dompet ialah Pasar Baru.
Ni macam pasar payang tapi lagi besar dan tinggi, ada dalam 5,6,7,8 berapa tingkat dah lupa. Kami pergi dua kali tu pun belum sempat round semua tingkat 😀

Mun & Feez boleh melekat dalam satu kedai selama sejam lebih! Dorang duk pilih kain2 lace. Serius murah sebab lace kat sana kainnya lebar besar. Bukan macam yang jual kat Jakel yang lebar sejengkal tu.

Saya tak shopping sangat sebab bukan kaki beli kain. Tapi yang syoknya penjual kat sana suka hidangkan kuih & air free sambil pelanggan pilih kain

pasar baru

Air botol fruit tea tu serius sedap. Teh botol sangat femes kat sana tapi yg teh biasa tak sedap.

Ok habis part kedai, antara tempat yang wajib pergi semestinya Tangkuban Perahu yang terletak di Jawa Barat. Bila sampai sini, kena hati-hati dengan para penjual. Diorang akan sangat mesra dan baik, offer tolong amik gambar lagi. Dan mereka akan ikut korang sambil cerita pasal sejarah tempat tu etc. Sampai kat suatu tempat dorang start keluarkan barang2 jualan dan akan pujuk rayu suruh beli dengan harga yang mahal. Macam tasbih dibuat dari batu apa ntah, standard dorang jual dalam 100k walhal beli kat bawah boleh dapat dalam 30k saja. So berhati2 lah dengan para penjual.

tangkuban

 

Macam satu kemestian snap pic kat papan tanda ni

 

abuugannn

 

Proses menghasilkan abuuugannn~

 

On the way balik dari Tangkuban Perahu, supir ajak singgah di tempat pembuatan kopi luwak. Pernah dengar?Cara penghasilannya agak unik sebab ia menggunakan musang. Nak cerita tak reti kalau rajin baca sendiri kat http://www.kopiluwakcikole.com

Masih di jalan yang sama, sempat singgah sebentar di Strawberry Land yang buahnya hidup segan, tumbuh tak mahu.

strawberry

Dah puas bersiar2 mari kita bermain pula di Trans Studio Bandung, indoor theme park terbesar di dunia katanya. Tiket weekday 150k, weekend 250k. Kalau nak murah cuba tanya supir. Macam kami beli dengan supir so dapat la 140k seorang. Kesilapan hari tu pergi sini tanpa check jadual. Seeloknya check jadual sebab kat sana ada juga persembahan teater, stunt show etc yang mana hanya sekali dalam sehari. So masa sampai hari tu dah terlepas. Just sempat tengok parade je.

parade
eh Elvis Presley?

Game kat situ tak mencabar sangat tapi ia punya roller coaster memang terbaik.

Ok sekian bab jalan2. Asalnya nak sumbat sekali part makan2 dalam post ni tapi rasa macam dah terlalu panjang. Soooo kalu rajin jap lagi saya sambung haha ~

Chow

Sabah bah ..

Posted: February 17, 2014 in Jalan-Jalan, xTvT

Yosh! Selepas 26 tahun hidup di muka bumi ni, akhirnya berjaya juga merentasi laut china selatan pada 26 October yg lepas (2013). Haha dah berbulan baru sempat nak update.

Awal tahun plan dengan Cath nak gi jalan2 ke Sabah, nak melawat si Unie kononnya.
Kebetulan belon merah ada promosi. So time tu tiket 2 hala around rm150 la sorang. Bulan 1 booking utk trip bulan 10. Kalau nak jimat memang kena plan awal2 le. Macam masa tahun 2012 gi langkawi, dapat tiket rm50 untuk 2 hala. Heh lagi murah dari tiket bas balik terengganu. Tapi camtu le, nak pergi sept 2012, sept 2011 dah book tiket. Prinsip kitorang, biar awal asal murah!=D

Berbalik pada trip ke Sabah, kali ni ada dugaan skit la nak ke sane. Gatal sangat pi tukar department, cuti yg plan awal tetiba kena cancel T_T. Patut pergi hari khamis sampai isnin. Tapi sebab baru tukar department awal Sept, maka cuti tak approve. Memang rezeki kebetulan waktu tu air asia sedang buat promosi. So beli la tiket baru (flight sabtu pagi) dalam rm69 untuk sehala. Cath hari khamis lagi dah fly sane.

Sabtu tu flight lepas subuh. Agak ting tong kepala naik flight 2 jam. Sampai kat airport imegresen check dan bagi pass pelawat. Tetiba rasa macam pendatang asing plak kena ada pass lawatan ni haha. Slip ni sila simpan elok2, kan tak pasal2 tak bleh keluar dari sabah hahah.

WP_000728

Dah lepas imegresen, terus amik teksi airport ke hotel. rm30 1 kereta so kalau pergi ramai2 untungla. Kalau cam saya ni travel sorang2 pagi tu, memang rasa mahal le. Tapi berbaloi la dapat teksi avanza kot hari tu. Haha giler besar kenderaan padahal penumpang sorang je.

Teksi ke hotel (bandar KK) dalam 15 minit je. Cehh takde la jauh sangat rupanya .. Alhamdulillah cuaca hari sabtu tu cerah. Cath bagitau dari khamis-jumaat hujan lebat je kat sane. Sampai je hotel terus tukar baju nak ke pulau.
Nak ke pulau (manukan, sapi) kena naik feri kat Jesselton Point. So dari hotel tu amik teksi ke Jeti. Dekat je tak sampai 10 minit drive pun tapi mak aih teksi mahal giler. Sekali naik dah kena cas RM10. Baru naik, teksi belum jalan lagi. Kalau kat KL ni, kena cas rm3 je. So tambang teksi jadi la RM15.

Kat Jesselton point ni memang banyak la pakej untuk ke pulau. Pandai2 la korang survey yg murah. Hari tu amik pakej untuk 1 pulau je. Plan asal nak island hopping kat 3 pulau, tapi bila fikir smula sabah tu musim hujan. Kan kalau hujan petang rugi plak. Lastly amik la pakej untuk 1 pulau je.

WP_000729

Tak ingat dah berapa harga pakej yg amik tu. Ni nak kena take note, pakej yg ditawarkan tak termasuk alat snorkeling, safety jacket etc. Kalau nak safety jacket kena bayar plak rm5 kot ke rm10.. Camtu la pandai2 la korang ngejas dengan abang kaunter tu. Lepas tu bila dah sampai kat pulau, kena bayar lagi RM3 seorang untuk cukai pulau. Haa nak masuk pulau pun kena bayar cukai okeh.

pizap.com10.090685884468257431392646592662

Snorkeling kat sini memang puas hati. Walaupun kat pesisir pantai pulau manukan tu tak sebersih macam redang, tapi ikan2 situ amatlah mesra alam. Elok je berenang2 celah kaki, nasib baik tak terpijak (pernah ke terpijak ikan dalam air?).

Selain snorkeling, kat situ boleh juga kalau nak try seawalking dan parachute. Ni memang menyesal sangat tak try!. Plan asal nak cuba tapi cancel last minit sebab keadaan tak mengizinkan. Harap2 ada la peluang untuk gi sabah sekali lagi, then wajib cuba aktiviti ni.

Macam dah panjang taip tapi tak habis2 lagi citer pasal pulau ni hahah. Oklah nanti part jalan2 ke kundasang sy sambung entry seterusnya.

to be cont…. (ntah berapa bulan lagi le baru bersambung entry ni agaknya) ..

The Hunter

Posted: October 16, 2013 in Jalan-Jalan, mY sImpLe LiFe

Ni tahun ke3 join treasure hunt. Sejak join SCB ni memang tak pernah miss join. Tapi tiap2 tahun join dengan team yang berbeza haha.

Treasure hunt memang seronok. Memerah otak sambil jalan-jalan kenal tempat. My task cam biasa tiap2 tahun jadi passenger je. Navigator tidak sama sekali sebab instinct sy ni ala2 Roronoa Zoro (ala watak one piece tu), selalu tersesat. Nak jadi driver pun memang tak le. Biasa driver ni bagi kat budak lelaki je. So task sy biasanya perah otak cari jawapan.

altAvqxFlwUvzT5Y5NC2_JgVS2QantPQltod4OHKwRy3pec
Team tahun ni ~

Masa nak flag off, dorang akan bagi set soalan dan direction. Direction ni kalau untuk treasure hunt ia dipanggil “Tulip”. Tapi driver kami hari tu asyik duk sebut Tulip tu sebagai Lotus.

WP_000709

Tulip ni memang untuk navigator la. Kalau navigator anda bagus, tak sesat maka senang la nak cari jawapan. Kalau dah tersesat arah tu, haa mungkin memang susah nak jumpa jawapan.

Ni pulak contoh soalan. Set A ada 30 soalan yang jawapannya ada dari papan tanda/signboard nama kedai sekitar arah tulip tu.

treasure hunt question

Sebab dah berpengalaman join, maka tahun ni banyak sket la jawapan yang betul hehe. 13/30 kira ok la kot. Kalau tahun2 lepas tu, ada la 5-6 soklan je yang betul agaknya.

Set B ada 4 soalan yang kita kena terjemah apa barang yang dimaksudkan, pastu kena beli barang tu.

treasure hunt

Macam contoh soalan dalam pic tu, jawapannya Julie’s Dark Choco. Ada dekat 3-4 jam nak terjemah ayat ke 3 tu. Padahal senang je. Ok mari kita try terjemah

“Belonging to Poppins start, this dark coloured snack”
— Ni kita google Poppins, keluar nama Mary dan Julie. Bila baca “snack” automatik terbayang biskut Julie. Tapi biskut Julie banyak jenis kan.

Ok tengok ayat kedua plak, cam takde klu apa2.
Ayat ketiga camni:
“Scope’s first and where in Chinese Headquarters initially”
— Scope’s first tu maksudnya huruf S, kita sambungkan dengan perkataan “and” maka jadilah Sand.
— where in Chinese Headquarters initially. keyword initially tu maksudnya huruf depan ayat Where In Chinese Headquarters = WICH
— sambungkan huruf dari scope tu makan jadilah SANDWICH.
— bila dapat klu sandwich ni, makan tau la jawapannya biskut julie yang kapit tu.

Ayat last “You can buy this chocolatey vanilla flavoured treasure for me”
— yang ni kitorang google je masuk website julies, tengok pic camne rupa packing produk tu.

picture31

tadaa ini lah ia. Nasib baik jumpe kat kedai. haha masa mula2 jumpa tu boleh terfikir “eh cam tak pernah nampak pun ada jual kat kedai”

So tu lah citer pasal treasure hunt. Harap2 tahun depan dapat join lagi. Eh nak join bukan free tau walaupun activity company. Tahun ni mahal sket dari tahun2 lepas. 1 kereta RM450. Tahun lepas rasanya macam rm80 je seorang. Tapi tahun ni syok, ke johor. Cam tahun2 lepas g gambang dengan cherating. tak berapa best sebab tempat tu selalu singgah. Ni ke johor cam seronok sket.

Time nak balik ahad tu sempat la singgah JPO. Sebelum tu sesat kat Larkin 2-3 jam semata-mata nak cari kedai murtabak special ni. Ada murtabak cheese, RM10 skeping haa.

WP_000702

Masa kat Larkin, lunch kat kedai apa ntah. Plaza Larkin kot. Ada menu Mee Rebus Stualang. Gilerr sedap dan cepat kenyang sebab kuahnya pekat. Ada telur rebus, cendawan dengan udang.

WP_000700

Lepas ni boleh turun ke johor selalu kot? 😀