Archive for the ‘Volunteer’ Category

Scope – UPM Eco Day

Posted: June 23, 2014 in Volunteer, xTvT
Tags:

3rd CSR aktiviti yg join untuk tahun ni! Heh kalau bukan sebab wajib kumpul 3 hari volunteer leave dalam setahun, berat juga tulang nak attend program camni. Awal2 camtu la, join volunteer sebab nak cuti. Dah lama2 ni rasa best pula. Lagipun dah tak kerja during weekend, kadang2 boring juga duduk rumah tv je.

Lagipun bila join ni dapat la baju free, breakfast & lunch free.. Ahh kau kalau bab free ni memang laju je kan ahahahaa..

WP_001329

21st June yang lepas join la program Go Green ni. Asalnya register as peserta tapi lepas tukar tarikh, ada team member tak boleh join. So kena cancel. Nasib baik join as volunteer. Nasib baik! Kalau jadi peserta ada la kena buat 5 challenges, antaranya tanam pokok. Pastu lari2 buat task lain. Dah le bukit ekspo UPM tu kemain luasnya.

Hari tu kena jaga Challenge 1, tanam pokok. 1 team kena tanam 4 pokok. Rasanya ada 100 lebih team yg register, mak aihh memang banyak la pokok baru tanam kat dalam UPM.

WP_001328

Hehe agak2 hidup tak ni? Hari tu jaga area pokok buah. Ada pokok lemon, ciku, buah ajaib etc. Lemon mahal kot sekarang. Harap2 pokok2 tu hidup sihat. Nanti 2 tahun lagi boleh datang kutip lemon :p

10494809_10152231042042831_1157648239003265231_n

Antara bebudak ex-department yg join hari tu. Baju hijau is the peserta. Baju biru tu volunteer yang malas nak berlari2 tengah panas :p

Tactile Project

Posted: June 23, 2014 in Volunteer, xTvT
Tags: , ,

Pada beberapa minggu yang lepas, ada la join volunteer activity dekat Sek Men Pendidikan Khas Setapak anjuran opis ni. Nama project ni SIB Tactile Project.
SIB tu stand for “Seeing is Believing”. StandChart memang ada support/sponsor untuk kanak-kanak yang ada masalah penglihatan ni. Kalau korang pernah tengok game liverpool, at least sekali dalam banyak2 game dorang main tu, pakai jersi tulis “Seeing is Believing” dengan logo gambar mata. Tak pernah tengok? Nah cam ni rupanya

Capture

Ok abaikan Gerrard yg hensem itu. Ni nak cerita pasal tactile project tu. Masa mula2 join dorang bagitau la task ni kena prepare bahan bantu belajar. Terfikir gak camne nak buat tu.

Mula-mula cikgu akan bagi kertas soalan sains kat volunteer. Dalam kertas tu ada banyak la gambarajah. Ala cam kertas periksa tu la. Dah lupa da?

WP_001248

Lukisan sapa buruk sangat ni?

 

Haa 1st task kena lukis semula gambar tu. Kebetulan dapat gambar membran sel ni, senang keje gua. Seminit dah siap lukis. Ada kawan siap dapat gambar organ dalaman manusia, memang menangis juga nak lukis bagi orang yg bukan kaki seni ni.

Lepas dah siap lukis, nanti cikgu akan bagi bahan-bahan utk kita jadikan gambarajah itu timbul. Ye la kan orang kurang penglihatan ni dorang membaca guna braile kod, guna deria sentuhan.

WP_001252

Ada la guna benang, tali, manik, kertas pasir dan lain2.
Dekat gambar tu kalau ada simbol & ayat contoh “Rajah 2”, label dan lain2, itu pun kena letak sekali tapi dalam tulisan braile la. Yang tu kita bagi budak2 sekolah tu taip.
Walaupun dorang ada masalah penglihatan, tapi laju giler kot menaip. Kagum tabik spring kat dorang.

WP_001251
proses melabel

 

Ni hasil yang dah siap. Tadaa… Nampak je senang tapi 2-3 jam juga nak siapkan ni

WP_001253

sy punya yg kiri bawah ni. yg lain tu kawan2 yg buat 😀

 

Lepas dah siap, kena scan pula. Yang buat ni rupanya master copy untuk cikgu. Nanti utk soalan exam, cikgu akan scan. Haa scan pun ia akan timbul2 tau. Bukan macam scan biasa tu.

WP_001256

ceitt nampak buruk plak lepas scan. membran sel dah rupa jerawat batu je

Haa tu la hasil scan. So nanti bebudak tu akan guna yg itu la time exam. Dorang rasa2 dengan tangan. Harap2 dorang paham le tu gambar ape huhu..

Dari program ni, memang serius kagum. Bukan kagum pasal dapat buat project ni, tapi kagum dengan bebudak ni. Dorang punya soalan exam sebijik sama macam yg kita jawab tu. Cuma dalam bentuk lain je.

Even ada masalah penglihatan, tapi dorang masih gigih dan cekal nak belajar. Siap dapat A+ time exam. Insaf weh.