Posts Tagged ‘bandung’

Bandung part 2 – Makan2

Posted: October 9, 2014 in Jalan-Jalan
Tags:

Jom sambung part makan-makan.

Makanan kat sana tak kurang mahalnya! Lagipun mungkin sebab kami ikut je kemana supir tu bawa. Mesti dia bawa ke tempat yang dia dapat komisen kan tapi at least sedap dan selamat.

Selamat means bersih. Selamat dari cirit-birit. Pesan kawan, pergi sana cuba avoid beli makanan tepi jalan. Senang sakit perut.

First day sampai memang minta supir tu bawa kami ke tempat makan. Lapar~
Tempat makan pertama yang dibawa ialah ke Mang Engking. Makan duduk bersila sambil tengok2 ikan berenang2 kat bawah tu. Mang Engking ni banyak cawangan makanannya memang sedap2.

Mang Lauk kongsi 4 orang. Tapi kira2 semula mahal sebenarnya. Dalam RM30 juga seorang T_T

???????????Tempat makanan yg lain ialah restoran nasi padang. Style mereka, banyak lauk dihidangkan atas meja. Yang mana berkenan boleh amik, yang taknak makan jangan gatal nak sentuh. Kalau tak kena bayar.

nasi padang

Time malam pula supir suka bawa datang ke Paskal Food Market.

Katanya ada 1001 menu kat sini.

paskal food market

Satay ni dalam 36 ribu rupiah. Kira2 semula ada la dalam rm10 untuk 10 batang.

Weihh RM1 sebatang! Kalah satay kajang.

sate rm1 sebatang

Tu je pasal makanan. haha tak reti nak explain panjang2. Tapi makanan sini serius mahal T_T

Ayuh berwisata ke Bandung

Posted: October 9, 2014 in Jalan-Jalan
Tags:

Alkisah bulan 5 tahun 2014 berjaya juga jejak kaki ke Indonesia buat pertama kalinya.
Destinasi kali ni ke Bandung pula. Tahun-tahun lepas dah jalan2 dalam Malaysia, kali ni kita cuba keluar sikit la hehe 😀

Malas nak tulis panjang2, here’s the summary untuk trip 5D4N ke Bandung~
Total belanja kat sana (flight, hotal, supir, makan, tiket, shopping) dalam RM 1k. Kalau yang kaki shopping terutamanya peminat kain2 pasang, lace mungkin kena bawa lebih sikit kot.

Flight return beli time promosi Air Asia dapatla RM191/pax
Penginapan kat Amaris Hotel Chihampelas = RM 174/pax. Beli kat groupon (RM348 untuk 2 orang, 5D4N)
Hotel sekali dengan breakfast. Bilik takde besar sangat tapi memang selesa dengan aircord, tv, pemanas air.

Currency waktu tu 1 juta rupiah = RM 274. Currency ni memang kena selalu survey sebab ia selalu turun naik. Lepas raya cina hampir rm290, so bila tengok ia turun tu cepat2 la tukar.

 

5 hari kat sana boleh kata kami pergi kedai, kedai, kedai dan kedai! hahaa sebab tu la orang kata kat sana syurga shopping.

First day sampai, lepas makan terus supir bawa ke Rumah Kain Kopo. Kain pasang sini just RM35 je. Kain tu siap ada lace, sulam bagai. Kira murah la tu. Tak bestnya tengokla susunan dalam kedai. Nak pilih kain pun pening.

rumah kain kopo

After that kami dibawa ke Toko Tiga. Sini sangat famous dengan jeans ori yang murah.

toko tiga

Dengan muka tak mandi lagi (flight 6.30 am dari Malaysia, sampai sini terus jalan2 bila masa nak mandi?) kami meneruskan perjalanan ke Jalan Riau. eh ke Jalan Dago? Lupa dah haha tapi yang pasti tempat ni sangat banyak factory outlet. Berderek side by side.

Ok kalau nak cakap pasal tempat shopping kat Bandung ni memang takkan habis. Last but not least, Rumah Mode yang wajib disinggah. Sebut as Mo-day.

rumah mode

Tengok patung tu kurus je! Sampai sini ia memang boleh menguruskan dompet anda.

Satu lagi tempat yang akan mengosongkan dompet ialah Pasar Baru.
Ni macam pasar payang tapi lagi besar dan tinggi, ada dalam 5,6,7,8 berapa tingkat dah lupa. Kami pergi dua kali tu pun belum sempat round semua tingkat 😀

Mun & Feez boleh melekat dalam satu kedai selama sejam lebih! Dorang duk pilih kain2 lace. Serius murah sebab lace kat sana kainnya lebar besar. Bukan macam yang jual kat Jakel yang lebar sejengkal tu.

Saya tak shopping sangat sebab bukan kaki beli kain. Tapi yang syoknya penjual kat sana suka hidangkan kuih & air free sambil pelanggan pilih kain

pasar baru

Air botol fruit tea tu serius sedap. Teh botol sangat femes kat sana tapi yg teh biasa tak sedap.

Ok habis part kedai, antara tempat yang wajib pergi semestinya Tangkuban Perahu yang terletak di Jawa Barat. Bila sampai sini, kena hati-hati dengan para penjual. Diorang akan sangat mesra dan baik, offer tolong amik gambar lagi. Dan mereka akan ikut korang sambil cerita pasal sejarah tempat tu etc. Sampai kat suatu tempat dorang start keluarkan barang2 jualan dan akan pujuk rayu suruh beli dengan harga yang mahal. Macam tasbih dibuat dari batu apa ntah, standard dorang jual dalam 100k walhal beli kat bawah boleh dapat dalam 30k saja. So berhati2 lah dengan para penjual.

tangkuban

 

Macam satu kemestian snap pic kat papan tanda ni

 

abuugannn

 

Proses menghasilkan abuuugannn~

 

On the way balik dari Tangkuban Perahu, supir ajak singgah di tempat pembuatan kopi luwak. Pernah dengar?Cara penghasilannya agak unik sebab ia menggunakan musang. Nak cerita tak reti kalau rajin baca sendiri kat http://www.kopiluwakcikole.com

Masih di jalan yang sama, sempat singgah sebentar di Strawberry Land yang buahnya hidup segan, tumbuh tak mahu.

strawberry

Dah puas bersiar2 mari kita bermain pula di Trans Studio Bandung, indoor theme park terbesar di dunia katanya. Tiket weekday 150k, weekend 250k. Kalau nak murah cuba tanya supir. Macam kami beli dengan supir so dapat la 140k seorang. Kesilapan hari tu pergi sini tanpa check jadual. Seeloknya check jadual sebab kat sana ada juga persembahan teater, stunt show etc yang mana hanya sekali dalam sehari. So masa sampai hari tu dah terlepas. Just sempat tengok parade je.

parade
eh Elvis Presley?

Game kat situ tak mencabar sangat tapi ia punya roller coaster memang terbaik.

Ok sekian bab jalan2. Asalnya nak sumbat sekali part makan2 dalam post ni tapi rasa macam dah terlalu panjang. Soooo kalu rajin jap lagi saya sambung haha ~

Chow